Saturday, September 26, 2009

RESEPI KEJAYAAN

"Thomas Alva Edison"
11 Februari 1847 - 18 Oktober 1931

Kerana dianggap bodoh pada masa kecilnya, maka sejak usia 7 tahun Edison dikeluarkan dari sekolah oleh orangtuanya untuk belajar sendiri di rumah, dan pada usia 12 dia mulai berjualan suratkhabar dan buah-buahan di kereta api,sambil terus belajar secara sendiri melalui bahan bacaan buku dan ujian kecil di rumahnya.

Semenjak ia menjadi operator telegraf konvensional, pada tahun pertama dia bekerja, Edison sempat berkali-kali dipecat dari pekerjaannya karena kurang fokus pada tugasnya , kerana beliau sibuk membaca dan menjalankan eksperimen dengan peralatan yang menjadi tugasnya tersebut, dan hingga pada tahun 1870 Edison berjaya menemukan telegraf dengan fungsi yang terkenal sempurna pada masanya itu.

Pada tahun 1874, ia berhasil mendirikan bengkel sains untuk menjalankan ujian dan penelitiannya sendiri dan tahun 1877 ia menemukan gramofon.

Pada tahun 1879, setelah belasan ribu eksperimen yang'gagal', beliau menemukan cara yang untuk menyalakan lampu kalimantang yang berfungsi dengan sempurna, pesan yang selalu mengiringi kejayaannya adalah bahawa ia tidak melakukan ribuan eksperimen yang gagal, melainkan melakukan ribuan eksperimen yang memberikannya satu kejayaan yang besar, yang akan mengubah dirinya dan kehidupan orang banyak sepanjang masa...

Edison memegang ribuan hak paten atas berbagai penemuan yang mengubah dunia hingga hari ini, semuanya didasarkanpada ketekunan, kesabaran, keteguhan dan komitmentnya atas apa yang dipercayanya akan dapat dicapai.

Berikut adalah Quotes Thomas Alva Edison yang terkenal:"Genius adalah 1 peratus inspirasi dan 99% keringat".

Pengajaran:
Org yg berjaya & gagal hanya dipisahkan oleh sikap. Sikap ditentukan oleh cara berfikir. Dan fikir ini datangnya dari keinginan....keinginan utk berjaya. Kejayaan dunia sifatnya sementara tetapi kejayaan akhirat adalah kekal abadi.

Seorang yg menjadikan keredhaan Allah sebagai matlamat ialah org yg telah benar-benar mempunyai asas utk berjaya. Orang sebeginilah yg faham apakah maksud kehidupannya yg sebenar.Tasykil.

ORANG TABLIGH

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde,
kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayumurtad di Malaysia)........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang samamenanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak.Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidakdibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari MahkamahSyariah yang membenarkan.)

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,
nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong,
hati ke hati,
pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,
yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori,bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT""Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah,
bergurau dgn bini,Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) ,
bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??
"Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!
"Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon,
jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),"
"no prob.,anytime kamiready!
"Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,Bab dunia,
tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta,
harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,
masukkan kita dlm syurgaNya,Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....
sunnah nabi...bukan untuk mendera...
speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..
keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...
kalau Nabi Nuh ikut teoritersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....
tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers.
You have to blame the distortions andignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...
Saidina Abu Bakarreceived the first kalimat terus buat dakwah...
if he waits tunggu complete ilmu,
he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)

HASAD DENGKI

Hasad dengki ni memang perangai manusia. Hanya Allah yg boleh menyelamatkan kita dari hasad dengki manusia. Nabi s.a.w beritahu cara utk selamat ialah: "Ih fazillah yahfizuka". "Jagalah perintah Allah, Allah swt akan menjaga kamu."

Oleh itu bila ada gangguan dari org yg berhasad dengki, kita serah saja pada Allah dan betulkan amalan kita. Bak kata org bijak pandai: " Bila ada org buat kebaikan kita kena bantu mrk tapi bila ada org buat jahat, biarkan krn mrk akan binasa oleh kejahatan mrk sendiri."

Anjing salak bukit, bukit x runtuh, bila dah penat anjing pergi sendiri. Dunia ni ada tuan, x ada org boleh buat sesuka hati. Tuan kita ialah Allah swt. Jadi jgn risau dan takut. Kalau nak risau atau takut, hanya pada Allah. Makhluk x boleh buat apa2 tanpa izin Allah. Cerita kat bawah ni hanya sebagai hiburan. ..Enjoy....

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

Raja, Kuda dan Budak Kecik

Kisah utk lapang kan kepala otak..Enjoy..

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je.

Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk.

Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"Maka dengan selambanya budak tu berkata,"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.

Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu."Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala.

Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,"Cubalah kalau boleh".

Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. Raja berasa pelik lalu bertanya!"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?" Dengan selambanya budak tu jawab,"Nak kena jentik lagi...??"

Moral of the story:
"Bukan kite sorang je pandai, org lain pun pandai jugak."

NUSRAH JEMAAH CHINA

Nusrah Jemaah China Mac. 2008
Assalamualaikum.

Dah seminggu jemaah China keluar kat halqah aku. Dia org bertiga dari Xinjiang keluar 40 hari di M'sia. 2 org dah kena balik sebab x dapat visa. Dalam bayan Amer Sab dia bagitau,kita org Malaysia ni sgt beruntung dan kena banyak syukur krn dapat amal agama dan buat dakwah dgn senang. Kalau kita x syukur, satu masa nanti Allah tarik balik nikmat ni. (Nauzubillah)

Katanya, Islam dtg ke China 1300 tahun yg lalu dan masjid pertama yg dibina di China adalah di Kwangju. (Tak tau ejaannya betul ker salah... lantaklah). Dulu suasana agama dia pun sgt hebat.. maklumlah mrk belajar terus dr sahabat Nabi s.a.w. Katanya ada 6 org sahabat Nabi s.a.w yg tiba di China setelah bersusah-payah merentas padang pasir di Laluan Sutera. Mrk kemudiannya berpecah ke merata tempat utk buat dakwah. Dimana saja mrk pergi, berduyun2 org China masuk Islam krn terkesan dgn amalan nuraniyat sahabat. (Bahasa ni aku tambah sendiri...)

Lepas tu agama terus berkembang sehinggalah kemuncaknya beberapa puluh tahun yg lepas. Bila mana org Islam leka dan rasa usaha dakwah dah x penting, maka disitulah bermula keruntuhan agama. Bila komunis berkuasa, maka mereka telah tangkap ulamak dan siksa mrk. Antara seksaannya ialah ditelanjang di atas ais batu kemudian di tanya,"Kamu masih mau Islam lagi?" Bila mrk masih teguh dgn Islam, maka kesemua mrk telah dibunuh. Alhamdulillah mrk semua mati krn mempertahankan iman.

Selepas itu usaha dakwah telah terhenti dan ramai org tidak lagi kenal agama, malah x tau ucap La Ilaha Illallah. Berkat risau fikir masyaikh, maka jemaah telah dihantar ke China dan agama mula kembali dlm kehidupan org2 Islam China tapi dakwah masih lagi secara sembunyi2.

Iktibar dari kisah ni, kerja dakwah x boleh berhenti. Berhenti saja kerja dakwah, iman akan lemah, maka amal juga jadi lemah. Bila amal buruk mengatasi amal baik, maka turunlah azab Allah dan kita semua x terkecuali.

Kalau x mau perkara ini berlaku negara kita maka kita kena syukur. Tanda syukur pada nikmat Allah, kita semua kena bagi masa dan korban di jalan Allah. Tasykil.

Bagaimana Kita Hidup Begitulah Kita Akan Mati

Dalam Ramadhan yg baru berlalu kami terima berita tentang kematian Pak Usop Batu Pahat yg selalu khidmat dimasjid Sri Petaling. Beliau bukanlah org yg hebat bersyarah atau tinggi melangit ilmunya tetapi beliau seorang yg banyak khidmat utk agama dan ada beberapa perkara yg patut kita contohi beliau.

Beliau cuma seorang pemotong rumput dan pada waktu malam beliau akan mengambil upah memisahkan cili dari tangkainya lebihkurang 3 guni sehari. Upah bagi 1 guni ialah RM3.00 . 3 guni bermakna upahnya ialah RM9.00 ringgit. Ada seorang beritahu beliau upah itu adalah terlalu sedikit dan sangat tidak berbaloi berbanding dgn masa yg ambil utk menghabiskannya.

Kata beliau," Pada saya upahnya bukanlah keutamaan krn setiap kali memisahkan cili saya dapat habiskan satu zikir kepada Allah. Jadi dengan kerja ini saya dapat berzikir kepada Allah sebanyak 3 guni cili pada satu malam." Allahu Akbar...

Nabi saw beritahu." Tiada perkara perkara yg paling dikesalkan oleh manusia apabila masuk syurga kecuali masa yg berlalu didunia tanpa zikrullah."


Bagaimanakah dgn kita? NILAI DUNIA kita nampak tapi NILAI IMAN & AMAL kita buat tak endah. Bila kematian datang menjemput barulah kita faham nilai kehidupan yg sebenar. Itulah sebabnya bagi org yg dah mati kalau boleh nak kembali ke dunia walau sebentar sekadar nak sebut satu subhanallah. Tapi sudah menjadi sunnatullah setiap org hanya diberi sekali saja peluang utk hidup dan menggunakannya dgn sebaik-baiknya.

Jadi gunalah DIRI, MASA & HARTA dgn sebaik-baiknya dgn cara yg Allah kehendaki iaitu pengorbananan dijalan Allah & buat usaha agama spt Nabi saw. Tasykil.