Friday, December 11, 2009

BERANI BERUBAH?

Kalau tak dapat ubah dunia, ubahlah dirimu ikut dunia.- Pepatah China

Insanity is doing the same thing & expecting a different result. ( Gila..ialah melakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza ) - Anonymous

Berubahlah..kata-kata yang sering kita dengar. Semua orang tahu kalau nak jadi lebih baik... kita perlu berubah. Tapi selalunya macam-macam alasan yang diberi. "Saya nak berubah tapi kalau saya sorang je mana boleh...Dia orang pun kena berubah juga."

Orang yang tidak mahu berubah..akhirnya akan di ubah juga. Ubah yang macamana? Pastinya ke arah yang lebih baik, bukannya ke arah yang lebih teruk. Perubahan bermula dari dalam diri.

Kita dengan penuh kerendahan hati, mengakui ketidaksempurnaan diri dan membuat sesuatu untuk mengatasinya.

BAGAIMANA?
Saya ada seorang kawan yang baru mendapat hidayat dari Allah dan mengubah dirinya dengan begitu mengkagumkan sekali. Kami sering bermuzakarah berkenaan terutamanya perkara yang patut kita amalkan dan mana yang perlu didahulukan. Beliau telah mengamalkannya dengan begitu baik termasuklah:
1. Menjaga solat berjemaah.
2. Mendengar hadis Nabi s.a.w disurau setiap hari.
3. Menjaga 4 rakaat solat Isyrak
4. Menjaga zikir, selawat & istighfar 100x setiap lepas Subuh & Asar.
5. Menjaga solat Dhuha 12 rakaat.
6. Solat Tahajjud sekurang-kurangnya 2 rakaat setiap malam.

Semua yang dipelajari telah di amalkan. Malangnya, bila dia cuba menerapkannya dirumahnya isterinya susah nak terima. Bila dia kumpulkan keluarganya untuk bacaan hadis, isterinya mengikutinya dengan berat hati. Muncungnya...hmmm...jangan cakaplah.

Saya cuma berpesan kepadanya jangan paksa. Semua perubahan perlukan masa dan strategi. Lalu saya pun cadangkan kepadanya supaya menukar sedikit tabiatnya. Kalau selalunya kami yang selalu keluar minum..tapi sekali-sekala keluarlah pulak minum dengan isterinya.

Hasilnya...isterinya telah siap bertudung dengan sempurna menunggu program bacaan hadis. Ini cukup menggembirakannya. Saya juga mencadangkan supaya dia sekali-sekala cucilah pingan didapur atau tolong sidai pakaian. Hasilnya..kini isterinya juga setekun dia belajar berubah kearah yang lebih baik. Sekarang ni jirannya dan rakan sekerjanya pun juga sering bertanya jika ada perkara baru yang dapat dikongsi.

KESIMPULANNYA
1. Bila nak berubah pasti akan terdengar suara-suara sumbang...tapi janganlah biarkan ia mematikan semangat kita.

2. Bila kita berubah..orang lain juga akan berubah. Jangan sangka buruk dengan orang jika mereka tidak menerima. Mungkin banyak lagi perkara yang kita belum buat...

3.Jangan paksa orang menerima perubahan kita..tapi istiqamah kerana sampai masanya mereka akan faham keikhlasan anda.



Wednesday, November 18, 2009

AGAMA DARI TEORI KEPADA PRAKTIKAL

ALLAH hantar kita kedunia dalam masa yg sgt singkat utk bina satu kehidupan yg sgt penting & kekal selama-lamanya iaitu akhirat. ALLAH swt telah menghantar Anbiya a.s termasuklah Sayyidul Mursalin iaitu Nabi MUHAMMAD s.a.w utk dakwahkan agama. Melalui agama kehidupan manusia akan bertukar dari;
- HINA menjadi MULIA
- SUSAH menjadi SENANG
- GAGAL menjadi BERJAYA

Malangnya, hari ini agama telah mati dalam kehidupan umat sehinggakan JENAZAH AGAMA telah keluar dari rumah org Islam. kita telah putuskan hubungan dgn ALLAH sehingga kita, isteri dan anak-anak kita sudah tidak kenal ALLAH dan tidak faham maksud kehidupan yg sebenar.

Salah faham terhadap agama telah berlaku. Agama hanya tinggal teori. Jika ada org yg ingin tahu, maka mrk akan ditunjukkan kepada kitab-kitab krn ianya tiada lagi dalam diri org Islam.

Krn itu kita perlu sedar & taubat pada ALLAH dan kembali kepada kehidupan beragama spt mana yg tunjukkan oleh baginda Nabi s.a.w dan para sahabat r.a. Bila ini berlaku, ALLAH akan redha dan ampunkan dosa kita.

Lalu bagaimanakah caranya utk menghidupkan amal agama? Setelah mengkaji dgn secara mendalam para masyaikh telah mencadangkan supaya setiap org Islam menghidupkan amalan ini SETIAP HARI sebagai asas utk kembali kepada kehidupan beragama;

1) USAHA ATAS IMAN
2) BAIKI ZAHIR DAN BATIN SOLAT MELALUI QURAN & ZIKIR
3) MENGHIDUPKAN TAKLIM (BACAAN HADIS)SETIAP HARI DIMASJID & RUMAH
4) BERIKTIKAF (LELAKI) DI MASJID

1)USAHA ATAS IMAN
Setiap individu perlu usaha atas iman dgn cara MENUKAR PERCAKAPAN dari kehebatan makhluk kepada kehebatan ALLAH. Percakapan sebegini akan melahirkan rasa kekaguman terhadap kehebatan ALLAH. Bila selalu bercakap kebesaran ALLAH, lama-kelamaan AKAL kita akan terima, HATI juga akan terima sehingga ROH kita juga akan menerima serta menggerakkan diri utk dekat kepada ALLAH. Bila dlm hati ada kebesaran ALLAH, maka seluruh perintah ALLAH akan rasa penting dan paling utama.

Iman adalah perkara yg sgt penting dan akhirat adalah masalah yg sgt besar dan perlu diusahakan sebelum mati. Iman sebesar biji sawi Allah beri syurga 10 besar dunia tetapi mati tanpa iman bau syurga pun tak dpt.

2) BAIKI ZAHIR DAN BATIN SOLAT
Solat adalah persembahan kita kepada ALLAH & ALLAH MAHU hanya persembahan yg berkualiti. Solat juga merupakan amal pertama akan dihisab diakhirat. Kalau solat baik maka amalan lain ALLAH akan terima, tetapi kalau solat rosak seluruh amalan lain juga tertolak.

Solat yg baik hanya ada 2 darjat:
1) Solat seolah-olah nampak ALLAH atau
2) Merasa ALLAH sedang melihat kita

Solat yg baik akan naik bercahaya dan berdoa,"semoga ALLAH menjaga kamu sebagaimana kamu telah menjagaku dgn baik". Solat yg buruk akan naik dgn rupa yg gelap dan buruk serta berdoa ,"semoga ALLAH membinasakan kamu sebagaimana kamu telah membinasakanku." Solat yg buruk Allah akan campak balik kemuka kita seumpama kain buruk. Krn itu adalah sgt PENTING setiap dari kita membaiki zahir dan batin solat.

Kita perlu belajar membetulkan solat dgn membetulkan setiap pergerakan,sebutan, pandangan & tumpuan kpd ALLAH dalam solat. Dari TAKBIR hingga SALAM tidak ingat lain KECUALI ALLAH.

Solat yg baik akan menghapuskankan keburukan dlm diri kita & menarik bantuan dari ALLAH bagi menyelesaikan segala masalah kita.

FAEDAH SOLAT YG BAIK:
1. ALLAH hilangkan kesempitan hidup
2. Selamat dari azab kubur.
3. Dpt buku catatan amal malalui tangan kanan.
4. Lintas sirat pantas spt kilat.
5. Masuk syurga tanpa hisab.


Utk melahirkan tumpuan pada ALLAH dalam solat maka kita perlu jaga ZIKIR & baca QURAN setiap hari.

ZIKIR(selepas subuh 100x & selepas Asar 100x):
1) Tanda cinta Allah - zikir : Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah & Allahu akbar

2) Tanda cinta kpd Nabi Muhammad s.a.w : selawat - Allahumma solli ala muhammad wa ala ali muhammad.

3) Tanda cinta diri yg banyak dosa - Istighfar - Astaghfirullahal azim

QURAN
1 juz setiap hari atau sekurang-kurangnya 1 muka. Kalau tak pandai bacalah walau dari Iqra 1


3.MENGHIDUPKAN TAKLIM (BACAAN HADIS)SETIAP HARI DIMASJID & RUMAH
Setiap dosa menghitamkan hati. Jika tidak dibersihkan hati akan gelap. Krn itu timbul sifat tidak mahu dengar nasihat, malas amal agama & tidak dpt membezakan di antara yg betul & yg salah.

Hadis Nabi s.a.w ada NUR. (CAHAYA). Ia akan membersih & menerangi hati yg gelap. Melalui taklim juga kita akan faham apakah keinginan ALLAH kpd kita. Melalui taklim kita akan faham nilai dan faedah sesuatu amalan. Kita perlu baca bersama ahli masjid & ahli rumah kita. 1 hari 1 hadis. Kalau 365 hari maknanya kita dengar 365 hadis.Kalau lebih banyak lagi bagus.

LAIN-LAIN FAEDAH TAKLIM:
1) Diziarahi malaikat - semua yg dengar dpt sifat malaikat.
2) Diliputi rahmat
3) Dpt ketenangan - hilang susah hati dan nak marah tak menentu
4) Dipuji oleh ALLAH

CADANGAN KITAB TAKLIM - KITAB MUNTAKHAB AHADITH (Harga RM 25)

4. IKTIKAF(LELAKI) DIMASJID
Dlm QURAN ALLAH firman;
" Mrk yg makmurkan masjid2 ALLAh ialah org yg beriman kpd ALLAH dan hari akhirat"

DALAM HADIS:
1. Seorang yg solat & zikir dimasjid sgt disukai oleh ALLAH spt seorang yg hilang kembali kepada keluarganya." - Muntakhab Ahadith

2. Ada 3 perkara yg sgt ALLAH suka, jika ALLAH nak turun AZAB, ALLAH akan TANGGUHKAN dan jika nak turunkan RAHMAT ALLAH SEGERAKAN iaitu:
1) Penduduk disitu yg berulang-alik kemasjid utk memakmurkannya.
2) Org yg bangun malam & doa utk keampunan diri & org lain.
3) Org yg berjumpa dan berpisah semata-mata krn ALLAH.

Semoga ALLAH beri taufiq utk kita amal dan sampaikan.

Monday, November 9, 2009

BERITA AKHIRAT

ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.


5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.


14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.


15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.


18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.


25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.


27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. (Sesetengah riwayat menyatakan 1500 tahun perjalanan)


30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Tuesday, October 6, 2009

AKU PERLU INGATKAN DIRI KU....


Di depan kita sentiasa ada 2 jalan. Satu jalan ke kejayaan dan satu lagi jalan kegagalan. Barangsiapa ambil agama dia telah berjaya & sebaliknya yg ikut nafsu telah memilih kegagalan.

Masalah utama pada manusia ialah menyangka dirinya sentiasa benar. Oleh krn itu Allah hantar anbiya a.s utk betulkan kehidupan manusia. Caranya ialah menafikan kebolehan yg ada pada dirinya dan dtg kepada kpd Allah melalui agama mengikut sunnah Nabi2 yg dihantar oleh Allah. Kedatangan Nabi Muhammad s.a.w telah membatalkan semua syariat Nabi2 yg terdahulu.Hanya dlm cara Nabi Muhammad s.a.w kita akan dpt kasih sayang Allah.Kita perlu wujudkan sekurang-kurangnya keyakinan atas 3 perkara ini dlm hidup kita.

1) Dialah KHALIQ (pencipta), selain dari Allah semuanya adalah MAKHLUK(yg dicipta). Dialah yg mencipta semua makhluk dan segala keadaan.

2) Allah MALIK(Penguasa). Selain dari Allah adalah MAMLUK (yg dikuasai. Allah Maha Kuasa makhluk tiada kuasa. Allah berkuasa mutlak. Tiada apa yg berlaku & dpt berlaku tanpa izin Allah.

3)Allah Raziq (pemberi rezeki) selain dari Allah adalah Marzuq(yg diberi rezeki. Bila yakin atas perkara ini wujud dlm diri, barulah manusia dpt menjalani kehidupan yg betul dan memenuhi maksud penciptaannya iaitu utk dpt MARDHO TILLAH.

Utk faham perkara ini maka usaha memasukkan kebesaran Allah perlu dibuat setiap hari dgn bercakap ttg kebesaran Allah.Utk itu saya dan semua kita perlu melapangkan masa belajar utk melazimkan amalan agama mengikut cara nabi s.a.w.

Caranya keluar dijalan Allah 4 bulan, 40 hari & 3 hari setiap bulan dan hidupkan 5 amal masjid Nabawi spt di zaman Rasulullah s.a.w.

Saturday, September 26, 2009

RESEPI KEJAYAAN

"Thomas Alva Edison"
11 Februari 1847 - 18 Oktober 1931

Kerana dianggap bodoh pada masa kecilnya, maka sejak usia 7 tahun Edison dikeluarkan dari sekolah oleh orangtuanya untuk belajar sendiri di rumah, dan pada usia 12 dia mulai berjualan suratkhabar dan buah-buahan di kereta api,sambil terus belajar secara sendiri melalui bahan bacaan buku dan ujian kecil di rumahnya.

Semenjak ia menjadi operator telegraf konvensional, pada tahun pertama dia bekerja, Edison sempat berkali-kali dipecat dari pekerjaannya karena kurang fokus pada tugasnya , kerana beliau sibuk membaca dan menjalankan eksperimen dengan peralatan yang menjadi tugasnya tersebut, dan hingga pada tahun 1870 Edison berjaya menemukan telegraf dengan fungsi yang terkenal sempurna pada masanya itu.

Pada tahun 1874, ia berhasil mendirikan bengkel sains untuk menjalankan ujian dan penelitiannya sendiri dan tahun 1877 ia menemukan gramofon.

Pada tahun 1879, setelah belasan ribu eksperimen yang'gagal', beliau menemukan cara yang untuk menyalakan lampu kalimantang yang berfungsi dengan sempurna, pesan yang selalu mengiringi kejayaannya adalah bahawa ia tidak melakukan ribuan eksperimen yang gagal, melainkan melakukan ribuan eksperimen yang memberikannya satu kejayaan yang besar, yang akan mengubah dirinya dan kehidupan orang banyak sepanjang masa...

Edison memegang ribuan hak paten atas berbagai penemuan yang mengubah dunia hingga hari ini, semuanya didasarkanpada ketekunan, kesabaran, keteguhan dan komitmentnya atas apa yang dipercayanya akan dapat dicapai.

Berikut adalah Quotes Thomas Alva Edison yang terkenal:"Genius adalah 1 peratus inspirasi dan 99% keringat".

Pengajaran:
Org yg berjaya & gagal hanya dipisahkan oleh sikap. Sikap ditentukan oleh cara berfikir. Dan fikir ini datangnya dari keinginan....keinginan utk berjaya. Kejayaan dunia sifatnya sementara tetapi kejayaan akhirat adalah kekal abadi.

Seorang yg menjadikan keredhaan Allah sebagai matlamat ialah org yg telah benar-benar mempunyai asas utk berjaya. Orang sebeginilah yg faham apakah maksud kehidupannya yg sebenar.Tasykil.

ORANG TABLIGH

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde,
kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayumurtad di Malaysia)........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang samamenanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak.Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidakdibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari MahkamahSyariah yang membenarkan.)

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,
nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong,
hati ke hati,
pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,
yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori,bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT""Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah,
bergurau dgn bini,Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) ,
bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??
"Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!
"Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon,
jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),"
"no prob.,anytime kamiready!
"Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,Bab dunia,
tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta,
harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,
masukkan kita dlm syurgaNya,Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....
sunnah nabi...bukan untuk mendera...
speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..
keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...
kalau Nabi Nuh ikut teoritersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....
tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers.
You have to blame the distortions andignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...
Saidina Abu Bakarreceived the first kalimat terus buat dakwah...
if he waits tunggu complete ilmu,
he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)

HASAD DENGKI

Hasad dengki ni memang perangai manusia. Hanya Allah yg boleh menyelamatkan kita dari hasad dengki manusia. Nabi s.a.w beritahu cara utk selamat ialah: "Ih fazillah yahfizuka". "Jagalah perintah Allah, Allah swt akan menjaga kamu."

Oleh itu bila ada gangguan dari org yg berhasad dengki, kita serah saja pada Allah dan betulkan amalan kita. Bak kata org bijak pandai: " Bila ada org buat kebaikan kita kena bantu mrk tapi bila ada org buat jahat, biarkan krn mrk akan binasa oleh kejahatan mrk sendiri."

Anjing salak bukit, bukit x runtuh, bila dah penat anjing pergi sendiri. Dunia ni ada tuan, x ada org boleh buat sesuka hati. Tuan kita ialah Allah swt. Jadi jgn risau dan takut. Kalau nak risau atau takut, hanya pada Allah. Makhluk x boleh buat apa2 tanpa izin Allah. Cerita kat bawah ni hanya sebagai hiburan. ..Enjoy....

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"